Assalammualaikum dan Salam Sejahtera .
Tahun ini mungkin aku akan mengakhiri zaman bujang . Satu cabaran untuk ku memandangkan aku masih muda . Usia baru sahaja 23tahun . Namun begitu itulah apa yang aku impikan . Mempunyai isteri ketika usia yang muda .
Matang
Itulah apa yang dipertikaikan oleh kebanyakkan orang . Apakah di usia 23 tahun , aku sudah matang ? Aku sendiri tidak tahu bagaimana kematangan diukur .
Tanggungjawab
Ramai yang bertanya bolehkah aku pikul tanggungjawab . Maka soalan sama aku tujukan . Kenapa aku tak boleh pikul ? Sejak kecik aku di didik dengan tanggungjawab . (Walaupun niat sebenar nak PS One) .
Menerimanya seadanya
Inilah apa yang aku selalu ajar diriku . Terus nikah ! Dengan cara ini aku boleh menerimanya seadanya . Jika ikutkan hati , sudah pasti setiap orang mahukan gadis yang begitu sempurna . Masalahnya di zaman sekarang ada lagi kah gadis yang begitu sempurna ? Ada ke manusia yang 100% sesuai dengan kehendak kita ? Mengapa perlu korbankan apa yang ada untuk sesuatu yang tidak wujud ?
Apatah lagi apabila ikatan perkahwinan telah dibuat . Maka hampir separuh kelemahan pasangan dapat dilihat . Kelemahan dia aku nampak , kelemahan aku dia nampak . So fair and square .


