Jangan hanya copy & paste
Assalammualaikum dan salam sejahtera , setiap kali aku berblogwalking pasti aku akan mengambil kesempatan yang sama untuk mencari entry yang menarik untuk dibaca . Kadang-kadang aku terjumpa entry yang menarik namun sayangnya entry tu adalah copy and paste !
Masalahnya yang timbul sekarang adalah apabila entry yang anda hendak sebar-sebarkan sangat itu belum tentu adalah betul ! Tidak dinafikan ada sesetengah blogger apabila ternampak info yang menarik sikit contohnya berkaitan agama , rancangan yahudi , freemanson , halal / haram anda terus copy and paste untuk sebar-sebarkannya .
Hatiku sakit , selamat tinggal blogger
Assalammualaikum dan salam sejahtera , entry kali nie tak nak cakap banyak . Setiap manusia mempunyai hati dan perasaan . Kita patut hormati setiap insan di dunia nie kerana mereka manusia seperti kita . Jadi hormatilah mereka .
Okay dah ! Iklan tadi ditaja oleh diri sendiri . Aku akan berhenti sementara sebab hatiku yang terasa begitu perit untuk menghadapinya . Semua ini berpunca dari ..... apa ? Putus cinta ? Nie apa kaitan pulak nie ? Korang nie memandai jer , memang jiwang arrr . Takder aku sakit pedih hulu hati arr bukan hati terluka yang mat-mat dan minah-minah jiwang selalu guna tu.
Menjadikan entry yang berkualiti
Assalammualaikum dan salam sejahtera , adalah satu kepuasan apabila entry yang kita tulis mendapat sambutan ramai apatah lagi apabila entry yang kita tulis itu mendapat komen yang tinggi . Satu masa dahulu menulis entry syork sendiri agar dipandang rendah namun begitu pada hari ini entry syork sendiri mendapat sambutan ramai .
Aku sendiri penulis syork sendiri dan aku lebih suka untuk lepak dengan blogger-blogger syork sendiri . Apatah lagi jika blogger itu jenis mesra ataupun sahabat online , memang aku akan salah guna entry yang ditulisnya untuk dibuli bersama member-member online lain . Walaubagaimanapun bagaimankah ingin menjadikan entry anda lebih berkualiti ?
Wajarkah anak luar nikah diterima dalam masyarakat ?
Assalammualaikum dan salam sejahtera , buka sahaja dada akhbar pasti akan terpampang kes bayi yang comel kena buang . Padahal bayi tu bukan buat apa pun . Berbanding di negara barat , saya difahamkan hampir kepada tidak ada kes buang bayi di sana . Ini kerana masyarakat di sana menerima anak luar nikah . Bagaimana jika Malaysia juga lakukan perkara yang sama ?
Adakah anda bersetuju jika metaliti masyarakat di Malaysia di ubah untuk menerima anak luar nikah ? Maknanya kalau awek tu mengandung , takder lah scene hina-hina ke .. marah ke . Kiranya macam takda beza anak itu luar nikah atau sebaliknya .
