Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera
Alhamdulillah majlis amal semalam telah berjalan dengan lancar . Di dalam banyak-banyak gathering blogger inilah gathering yang paling memenatkan dan mencabar . Gathering kali ini dianggurkan oleh Cik Reena dan Noraliaa
Jauh berbeza dengan aktiviti gathering yang selalu kami adakan . Inilah aktiviti pertama yang kami buat bukan untuk kami tetapi untuk para tetamu . Menghadapi risiko yang mungkin para tetamu akan banyak karenah . Mujurlah itu tidak berlaku , para tetamu juga agak sporting dengan kami malahan ada buat persembahan untuk kami .
Adalah sia-sia sekiranya aktiviti ini akan berlaku puak antara kami komuniti Blogger Perak dengan para tetamu dari Rumah Amal Nur Qaseh tetapi sebaliknya pulak berlaku di mana kami dapat bergaul dengan baik atau mungkin sangat baik .
Sehingga sekarang aku masih teringat saat paling manis dengan mereka apabila aku dan beberapa blogger lain yang turun dari pentas ketika nyanyi lagu apa entah versi off tempo dan membawa naik kesemua pelajar dari Rumah Amal Nur Qaseh dan sama-sama menyanyi .
Ini juga satu cabaran untuk aku kerana aku menjadi MC (Majlis Chairman) . Memang aku cuak giler masa tu . Mujurlah majlis tidak rosak seperti ……….. oh tidak ! Aku tak mahu lagi ingat kembali.
Aktiviti kali ini adalah sangat memenatkan . Sedangkan aku yang hanya jadi MC pun leh tidur mati lepas tu . Inikan pulak mereka yang lain , yang sediakan juadah yang kemas kerusi , yang sediakan dewan , PA System lagi . Terus terang aku cakap walaupun penat tapi kepuasan tu memang ada . Mana taknya ahli-ahli BP berkerjasama . Setiap orang ada tugasan .
Katakan aku dan Nisa the best MC in the world . Anda fikir semuanya akan berjalan lancar kalau Reez taknak bagi ucapan ? Kalau Reez bagi ucapan adakah semuanya akan berjalan lancar jika Meor tak jaga PA System ? Itu baru bab ucapan . Belum lagi blogger-blogger lain yang sediakan dewan , sediakan juadah . Kita ambil task paling simple sapu sampah . Kalau tidak ada blogger yang nak sapu sampah pasti event tidak berjalan lancar kan ? Di sinilah kepuasan di dalam Gathering ini . Semua ahli berkerjasama . Cikgu aku mesti marah sebab dua perenggan point yang sama (kepuasan sebab berkerjasama walaupun penat ) tapi itulah hakikatnya . Walaupun penat tapi kepuasan timbul sebab masing-masing bekerjasama . Alamat terulang untuk kali ketiga .
Anda mesti nak tahu apa kami buat di event itu bukan ? Nah link diorang . Akan up to date lagi .
Terserempak puteri bunian ketika majlis berlangsung ?
bestnya dapat lepak ngn geng blogger…
Xavi De recently posted...::Merpati Pun Join::.
good job bro

aim recently posted..Iklas Dari Aim Dan Mia
nasib baek aku jaga makanan jer… per pun mc terbaik…jangan malu2

aim recently posted..Iklas Dari Aim Dan Mia
wahh bestnyeee dapat berkumpul ramai-ramai!!!

emyzulaiha recently posted..Rindu..sumpah rindu!
MC tu emcee laaaaa. suka suki ko jek majlis chairman. hahahahaha!
niway thanx utk touya sbb sudi jadi MC. :p
reena recently posted..Majlis Rumah Terbuka Sekalung Kasih- Blogger Perak.
bestnyer!seronok dapat kumpul ramai2 sambil beramal:)
nik recently posted..Rezeki itu dari Allah
Gathering kali ini dianggurkan oleh Cik Reena dan Noraliaa – ada typo kat ayat tu..
jt ni nampak je kan? hahaha
tak pe penah pon join mase2 gathering blogger, ni kan pulak touya siap jadi MC. Fuh! terer ><
chuu recently posted..Teluk Bahang
nasib baik bukan pagi tu tido mati kalau tak nak je suruh orang g bangunkan Tya kat rumah..
hanisaleeya recently posted..Entri Lesap
fulamak leh jd MC rupanya kawan aku ni..baguih2
khairul recently posted..Sibuk skit arini