Siri terakhir trilogi Nolan Batman mengisahkan lapan tahun selepas tragedi Harvet Dent . Bruce Wayne mengambil kata putus untuk tidak lagi terlibat dengan dunia luar . Dia bukan lagi The Dark Knight .Namun begitu kemunculan Bane membuatkan Bruce Wayne terpaksa kembali ke dunia yang penuh membahaya .
Perkembangan Cerita
Jalan cerita dapat berkembang dengan baik , dengan jalan cerita yang lebih dark berbanding sebelum ini . Sukar untuk jangka apa yang akan berlaku seterusnya . Walaupun ada scene audiens berasa yakin karekter akan selamat . Tetapi bagimana ?
Watak Antagonis
Kelebihan utama karya Nolan Batman berbanding Batman klasik adalah watak antagonis yang lebih hidup . Bagaimana di dalam The Dark Knight karekter Joker memberi tekanan kepada Batman . Tetapi tiada lagi Joker di dalam siri ini , maka persoalan yang timbul adalah bagaimana The Dark Knight Rise mampu menarik perhatian audiens ? TADA ! Bane muncul . Otak seperti Joker tetapi lebih kuat dan laju daripada Batman .
Namun tetap sesuatu yang mengecewakan apabila tiada watak Joker dan hanya disebut mengenai Harvent Dent . Sekurang-kurangnya patut diberitahu apa yang telah berlaku kepada Joker .
Robin ?
Di dalam sejarah Batman terdapat tiga orang yang memegang watak Robin . Namun Christian Bale sendiri yang minta tidak ada watak Robin di dalam Nolan Batman . Oleh sebab itu muncul seorang watak baru yang memegang peranan seperti Robin .
Aksi
Aksi pertarungan adalah sesuatu yang paling mengecewakan . Batman seolah-olah hanya tahu menggunakan tangan dan siku . Tangan ! Tangan ! Siku ! Pergerakan yang begitu kaku .
Justice Laegue ?
Berita baik untuk perminat DC , Justice League akan difilemkan . Berita buruknya bukan lagi diarahkan oleh Nolan .
hero kampung pisang tak masuk ker?
x berapa gemar citer batmen sbb gelap.. huhuhuhu boleh gitu?
tunggu gak bile keluangman nak masuk panggung.. ahakz…
wohhh~
tak berapa gemar siri batman…plot cerita tak berapa menarik…lebih suka LOTR atau Superman…
Tahu tak Lord Of The Ring akan ada prequel dia ? Bertajuk The Hobbit
x tgk pun lagi.